Friday, October 16, 2009

ENSIKLOPEDIA FIKAH SUNNAH WANITA


BAB 6


Pakaian dan Perhiasan

Syarat pakaian wanita Muslimah
  • Menutupi seluruh tubuh
Diiriwayatkan dari Ummu Walad Abdul Rahman bin Auf bahawa dia pernah bertanya kepada Ummu Salamah: " Aku adalah seorang wanita yang memakai pakaian yang hujungnya menyentuh tanah dan aku berjalan tempat yang kotor". Maka Ummu Salamah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Hujung pakaian yang terkena kotoran itu dibersihkan oleh (tanah) yang sesudahnya."

(HR. Abu Daud, Tirmizi, Malik, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Ahmad)
  • Tidak nipis (terang)
  • Tidak terlalu ketat
  • Tidak sampai menarik perhatian
Ikrimah meriwayatkan bahawa Rifaah menceraikan isterinya, kemudian Abdul Rahman bin az-Zubair al-Qurzhi menikahinya. Aisyah r.a menyebutkan: "Wanita itu mengenakan kerudung hijau, dia mengadu kepada Aisyah dan memperlihatkan kepadanya kehijauan di kulitnya. Maka ketika Rasulullah datang, dan para wanita saling memandang antara satu sama lain, Aisyah berkata: "Aku tidak pernah melihat seperti apa yang ditemui oleh wanita-wanita beriman, sungguh kulitnya lebih hijau dari pakaiannya."

(HR. Bukhari)
  • Tidak memakai wangi-wangian
Diriwayatkan dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila wanita memakai wewangian kemudian lalu di hadapan suatu kaum supaya mereka dapat mencium harumnya, maka dia dianggap berzina."

(HR. Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad)
  • Tidak menyerupai pakaian kemasyhuran
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki
Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya. AbuHurairah r.a meriwayatkan: "Rasulullah s.a.w mengutuk lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."

(HR. Abu Daud dan Ahmad)


Sunday, June 7, 2009

Sifat-sifat orang Munafik dalam Hadis


  • Apabila bercakap selalu berdusta
  • Apabila diberi amanah dia khianat
  • Apabila berjanji memungkirinya
  • Apabila bertengkar selalu melampaui batasan

Sunday, May 31, 2009

Persediaan menerima kedatangan MQA ke IDIP

Pada tarikh 1 jun 2009

- Mengumpul gambar sekeliling tempat IDIP bagi mengambil gambar untuk dijadikan video bagi tayangan pelawat yang datang.
- Menyiapkan Video yang telah dibuat semalam dan disambung hari ini .
-Ramai pekerja sibuk untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut kedatangan MQA.

Monday, May 11, 2009

Tarikh 11 /05/09

Detik permulaan pratikal di Institusi Dakwah Islamiah Perkim ( IDIP)

Friday, May 1, 2009

Antara - antara musuh - musuh syaitan

  • Nabi Muhammad S.A.W
  • Raja yang adil
  • Orang kaya yang merendah diri
  • Saudagar yang jujur
  • Ahli ulama' yang khusyuk
  • Manusia yang suka menasihati manusia yang lain
  • Manusia yang beriman dan bersifat pemurah
  • Manusia yang bersungguh - sungguh meminta keampunan
  • Manusia yang selalu berada dalam keadaan berwudhu'
  • Manusia yang banyak bersedekah
  • Manusia yang selalu menjauhi perkara mungkar
  • Manusia yang selalu berbuat baik pada orang lain
  • Manusia yang selalu membaca Al- Quran
  • Manusia yang selalu mendirikan Solat Tahajjud